cikawin

December 6, 2008

brainy or brawny~

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 6:09 am and

Obligations,

Omit or be committed,

Results upon your act,

An eternal reward is promised.

 

A solemn vow,

For a strong heart,

And a witty brain.

 

Not a brawny, but a brainy,

Not a coward, but a courageous heart,

Will seek the best,

And leave the rest.

 

For the grandest pleasure,

Is in the eternal land;

not this temporary, fana’ world.

Whose beauty is more or less like dirts.

 

Because the wisest of them all

are those who seek the unseen, hidden and extraordinarily worthwhile rewards,

promised by the Lord.

Not the full-of-lies beauty, comfort nor gold set upon the eyes,

like a trap for the beholder.

 

It’s the matter of value!

November 22, 2008

ghisau….

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 10:50 am and

-kereta dah rosak 2 minggu, walhal roadtax belum renew, atas sebab2 yang agak mengecewakan dan kalau boleh tak mau dikenang lagi.

-scholarship akan tamat tak lama lagi. (rugi x kawen, kalo tak ada sugar dedi/ sugar hubby tanggung…hohoho..usah dikesali kisah lalu dan berkalau-kalau.)

-ada meeting, progress report, jurnal club presentation, kena hantar draf tesis, mesti prepare presentation, konferens, labwork

-kemalasan tak terbatas

-kerisauan yang menggunung

-berat badan yang semakin lumayan nilai kg nya..

 

mari membakulsampahkan mana-mana yang dianggap masalah juga penghalang cita-cita. dan menyelesaikan mana-mana yang boleh diselesaikan dan dianggap sbg cabaran hidup. dan melupakan apa-apa yang patut dilupakan agar tak membebankan hidup. juga, mari mencari kebaikan dan kesyukuran dalam kesusahan, kerana mungkin semuanya ini, bukan apa-apa kalau dibandingkan dengan orang lain yg lebih susah..

mari menjadi optimis..dan selesaikan masalah kamu dengan senyuman. senyuman yang termanis, kalau boleh.. :)
hidup terlalu indah untuk dibazirkan..tapi kenapa masa yang sentiasa susut jumlahnya itu selalu dibiarkan berlalu saja..

dem, i’m such a great procrastinator..procrastinator agung~

but still, now is not too late to make a change, until u stop trying..

mari berusaha, cikawin~!

kamu takkan menjumpai aku yang sempurna,

kerana yang ada,

hanya aku yang selalu cuba untuk menjadi sempurna,

dan lebih baik

semampuku..

 

 

 

*apa bezanya aku dengan kamu, mr panda….?

November 7, 2008

bukan salah sesiapa.

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 10:14 am and

aku berikan kamu,

syurga dunia yang indah.

aku tahu kamu hidup gembira,

dari data yang tak selalu membohong.

 

syurga dunia itu hanya sementara

usai 24jam nanti kau tahu untung nasibmu.

bergembiralah selagi boleh,

dan jangan lupa janji pertemuan kita.

 

nanti, akan ku keluarkan kamu dari sana,

dan masukkan kamu dalam ruang-ruang sempit.

aku tahu kamu cuba bertahan,

sabarlah, semua ini tak lama.

 

tapi kau takkan mampu teruskan lagi,

saat cecair ber’pH’ rendah itu kucurahkan..

sakit, pedih.

sabar ya, sayang. sekejap saja…

 

seksa itu seperti apa,

maaf, ku tak tahu.

tapi jangan menjerit,

kerana aku takkan dan tak mampu membantumu..

 

itu takdir hidupmu.

mampukah kamu ntuk redha?

namun matimu tak sia-sia.

B.licheniformis ku..

 

sungguh, akan ku harumkan namamu,

dalam sebuku tesis,

yang kelak hanya akan dibaca olehku

dan encik pemeriksa…

 

dan bagaimana pula dengan aku, cik penulis dan pembunuh…

bila tesis malaikat penjagaku dibentangkan,

dalam viva kelak.

di hadapan Pencipta.

August 11, 2008

cikkawin dan kawin?

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 10:57 pm and

mari bercerite tentang kahwin?

hohoho….macam sampah je tajuk. hehe. cikkawin..cikkawin…

bukanla…aku terfikir tentang kawen ni sebab teringatkan tentang forum ‘memeluk islam’ itu. bukan la nak cakap apa sangat (dah cukup la lebih 1000 org berdemonstrasi utk menyampaikan apa nak dicakap pasal forum tuh)

aku just terfikir, tentang bila seorang hamba Allah memeluk islam, di negara kita tak ada undang2 yg suruh berita ini disebar2kan. (ada ke? maybe cikawin tak tahu..)

sedangkan pada pendapat aku (yg sejengkal pun tak tercapai akalku ini) berita baik ni mestilah dihebahkan, sama macam kita hebahkan perkahwinan. bukan apa, banyak perkara yg bersangkut paut dgn keislaman kita. jadi mesti disebar2kan berita ni untuk memudahkan macam2 urusan kelak. urusan pembahagian harta, perkahwinan, perceraian hatta pengebumian dan tuntutan jenazah.

jangan lah sampai keluarga si mati rasa tertipu, bila nak tuntut jenazah saudara sendiri, sedangkan si mati sudah terkunci lidah drp sebarang penjelasan, mahupun permohonan maaf kerana telah membelakangkan keluarga sendiri dalam mengambil satu keputusan penting berkenaan hidup dan mati, tauhid dan akidah ni.. tak mau la hubungan persaudaraan terjejas, walaupun selepas mati.

kat negara2 lain, ada undang2 yg menyatakan penukaran agama mestilah dimaklumkan kepada org ramai. malah, ada yg menyuruh org2 yg menukar agama, menerbitkan iklan kecil dalam surat khabar untuk umumkan pekara ni..ada baiknya,kan?

tapi, tak dinafikan oleh cikawin, kalau dah bertukar agama ni, banyak cabaran dan dugaan yang melanda. tersisih dek keluarga, anak isteri dan jugak teman2. hatta, sampai ada yg diancam bunuh dan terputus saudara sebab memilih untuk bertukar agama…

dalam Quran, ada dinyatakan. lebih kuarang maksud gini "adakah kamu menyangka kamu sudah beriman, sedangkan Allah belum menguji kamu?" (sila betulkan kalau salah). maka, akan ada juga tentangan dari orang di sekeliling bila perkara ni berlaku. tak dapat dielakkan.

tapi ganjaran pahala dan syurga menanti bagi setiap dugaan. bagi yang maut dalam dugaan ni, Jannah menanti insan2 yang syahid. janji Allah itu pasti.

cuma, kita sampai di persimpangan dilema, bila mengenangkan, bahawa, kita juga harus mempertahankan diri dan nyawa. kalau pengumuman tentang keislaman kita mengancam nyawa, maka mestikah pengumuman itu di buat?

berbalik kepada topik asal tadi, tentang kahwin.

hm…kahwin itu indah. tapi jangan tanya saya, sebab saya belum melaluinya..kan cikkawin kan?

hehehe..

Image026

pict: cikawin and beha..di hari perkahwinan beliau..

( puan beha dah skrg…hehehe…)

tahniah2…moga berkekalan.

**berdebar saat akad dilafaz**Image036

pict: zul and beha

tahniah lagi skali..

August 1, 2008

mencari hasanah…

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 1:31 am and

jangkaan tak tercapai,

kenapa ya?

kemalasan menguasai diri?

tabiat bertangguh kembali lagi?

sudah ku katakan,

berhenti saja,

usai sudah perjalananmu,

kaki mu tak kuat,

semangat mu goyah,

pandanganmu kabur.

sungguh,

aku berjuang untuk apa?

aku bersengkang mata untuk apa?

aku berhempas pulas untuk apa?

segulung ijazah?

mencatat ketinggian ilmu dan pencapaian,

seorang insan kerdil,

yang menangis di kaki malam,

menghiba di subuh hari,

tersesat di penghujung petang,

dan tenggelam dalam arus menduga.

akukah itu,

mencari dan mencari,

sesuatu yang tak pasti..

dan tersesat?!

*perjalanan ini, kamu yang pilih.. kamu lah yang kena sudahkan,cikawin~

Allah…andai ada kebaikan untukku dalam apa jua yang kulakukan, permudahkanlah. agar butir-butir hasanah melekat di hatiku, dan debu sia-sia berlalu pergi.

Image003_1 pic: pecah!!Image006 tragedi julai. huhu…

July 27, 2008

seribu tahun?

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 11:49 pm and

aku takkan menunggumu,

hingga seribu tahun.

kerana hayatku seketika cuma,

banyak mimpi ingin kuraih.

aku takkan menggegar tiang sedarmu,

dengan kata bersulam nista,

kerana kata kelak terhakim,

tak ku sanggup menanggung murka.

aku takkan menusuk duri dihatimu,

kerana hati ini juga tak ingin disakiti.

maaf itu dipinta,

moga hati ini sudi memaafi dirinya..

*suda 24 tahun umo haku.

nape aku rasa orang lain dah ke mana-mana, terbang le langit tinggi, membelah lautan biru..sedangkan aku masih di sini, merangkak dan termangu. mencari jalan hidup dengan kaki yang terjerat dan terperangkap….belajar yang tak sudah-sudah..

alamak, bila nak abis blaja ni.. rasa berkarat otak, tak berkembang pemikiran.. sudahlah…aku ingin keluar dari sangkar pembelajaran.. kaki terasa gatal, ingin memijak bumi di luar sana..

biar ku tahu, apa rasanya si tanggang mengembara, hang li po berkelana menjejak cinta juga sang rama-rama terbang bebas meninggalkan kepompongnya…

^belajar rajin2…buat keja lab jangan malas2^

Dsc01172cak!!

July 16, 2008

tak mungkin!

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 3:35 am and

Aku mengenangmu,

Bagai siang teringatkan malam,

Umpama mentari mencari rembulan,

Laksana gurun menanti hujan tiba.


Takdir kita sama,

Senadi tak sehati,

Sejalan tak sehaluan,

Terikat dan terlerai.


Bukan terpisah maut,

Atau jarak yang melaut,

Tapi kasih tak bertaut,

Juga hati tak terpaut.

Kita tak mungkin bersama!

*dah lama tak update blog. banyak sangat benda yg berlaku dalam sebulan dua ni. maaf, kepada kawan2 yg tak direply smsnya, email dll. bukan menghilangkan diri. tapi cuba melangkah terus, lurus,telus dan berani.mencari diri dan kekuatan. maaf itu dipinta, moga keampunan itu milik aku..

tubuh dan jiwa: membentuk insan.

takdir dan pilihan: itulah kehidupan.

menjelang 19 Julai 2008,umur aku 24 tahun.

moga umur yang terluang, tak terbuang.

masa yang tersisa, tak tersia…

aku ini ciptaanMu, Tuhan.

berkati hayatku…

June 10, 2008

Tangan itu

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 2:33 am and

Ku cium tangan mu, ibu.

Bersalut lumpur kering,

Bercampur keringat,

Kasar, kesat dan membekas.

Ku tarik nafas dalam-dalam,

Bau itu tidak harum,

Bau itu bau suci.

Bau syurga.

Ku jenguk isi hati,

Ada gerimis,

Hujan renyai-renyai.

Tapi pelanginya, mana?

Ku sapu air mata kasih,

dan kasihan,

Pada jiwa yang berusaha,

dan bersabar.

Dalam dunia serba kejam,

dan menekan.

Ku jerit kuat-kuat,

tapi tersekat.

Pada kerongkong,

yang terjerat.

Pada dusta dan nista,

Sang Pengkhianat.

Ku genggam tangan,

Bersulam amarah dan kecewa.

Penumbuk mencari sasaran,

tapi tak jumpa.

Ku cari lagi. Oh, ramai sekali!

Dia, yang yang menabur janji, mungkir lagi keji,

Dia, yang menjulang harga, mencekik darah,

Dia, yang menjunjung nama, menggadai maruah.

Dia, yang bodoh, tuli dan tersanjung.

Dia, yang tak kasihan,

Pada ibu tua,

Tangan bersalut lumpur!

Ku tersenyum,

Tangan tua bersalut lumpur,

Ku cium lagi.

June 9, 2008

apa kau kata?

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 7:35 am and

Kau kata aku membazir,

Kejap-kejap isi minyak kereta,

Kejap-kejap isi minyak kereta.

Apa, kau suruh kongsi kereta?

Mai sini, kita kongsi kereta besar kau.

Kau kata aku boros,

Asyik-asyik pergi shopping,

Asyik-asyik pergi shopping,

Memanglah, barang naik harga.

Bawak cash asyik tak cukup.

Hey, aku kan student,

Boleh bagi pinjam kad kredit kau?

Kau kata aku penyibuk,

Kerja nak tahu apa yang kau buat,

Kerja nak membebel, bising tak ingat.

Hello..memang lah aku mesti cakna.

Bukankah kita sama-sama pemilik.

Tanah datuk nenek.

Kau kata aku ini apa tahu,

Terima sajalah keputusanmu,

Sanjung sajalah apa katamu.

Oh, sungguh ku tak mampu.

Kerana akalku masih waras,

Hatiku masih keras,

Diamku bukan redha.

Diamku ada doa.

Jaga-jaga,

Kau naik harga minyak,

Nanti aku naik minyak!

opss..sabar~!

*cikawin,sila tulis semula perenggan terakhir:

Jaga-jaga,

Kau naik harga minyak,

Nanti aku naik duit hantaran!

hehehe…

Aku Bukan Pilihanmu..

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 6:54 am and

Aku ini telekung putihmu,

Yang kau biar kemas terlipat,

Rapi tersusun tak bersentuh,

Dalam almarimu yang penuh sendat.


Aku bukan pilihanmu,

Setiap hari menanti dan menunggu,

Saat kau ambil teman-temanku,

Ku bertanya sendiri, ‘bila giliranku?’


Kau memilih gayamu,

Warna-warni, seksi sekali.

Oh, kau hanya cantik di mata,

Tapi jelik pada hukum.


Saat nyawa tak sudi kembali,

Jasad terseksa pintu taubat terkunci,

Telekung putih tersenyum sendiri,

Kini tiba saat ku berbakti!


Akan ku balut tubuhmu,insan

Menghadap malaikat menjawab soalan,

Mungkin aku jadi cebisan,

Kerana hidupmu penuh kelalaian.

« Previous PageNext Page »

WPMU Theme pack by WPMU-DEV.