bila esok datang…
aku suke cakap tentang esok..
kerana esok satu keajaiban,
yang akan terungkai bila-bila masa,
tanpa perlu aku persoalkan, bila dan kenapa.
aku juga suka hari ini..
kerana hari ini satu pemberian,
untuk aku dan kamu syukuri,
tanpa perlu aku bazirkan, bila dan untuk apa.
dan selalunya aku suka semalam,
kerana semalam satu pentas pembelajaran.
untuk aku lihat ke belakang, dan belajar..
dan memandang ke depan, jadi lebih terpelajar.
untuk merindui zaman silam,
saatnya sudah tidak sesuai.
yang ada hanya kekosongan hari ini,
untuk dimaknakan dengan kisah indah,
sebagai kenangan hari esok,
agar lebih baik dari semalam.
biar tak seindah kelmarin.
* ya, saya memulakan hidup baru..dengan rutin yang baru, pengalaman yang baru, amaun rm dalam wallet yang baru, persekitaran yang baru, beban kerja yang baru, jadual yang baru, perspektif yang baru dan mungkin diri sendiri yang baru juga.
perkara ini tak da kene mengena dengan agenda menyarung cincin di jari ye, kawan2..cuma bersangkut-paut dengan sesuatu yang dia, mereka dan saya sahaja yang tahu..kalau kamu tahu, baguslah..kunci mulut itu..
ah, a secret makes a woman, a woman- itu alasan klise aku..jangan bosan padanya..
andai ada soalan,silakan,tanyakan,ajukan,
akan aku jawabkan..
yang aku tahu, hari ini aku belajar sesuatu yg baru..aku belajar pakai sari..ya, sari..nantikan kemunculan aku:
cikawin, si pemakai sari pinjam muslimah bertudung.
well, i’m proud to be a quarter indian..and a quarter of this and that other races..hehe..aku org ‘malaysia’, bukan?
baiklah.
tuesday is the showtime.
see me on the stage..
see me shine..
see me dance..
a traditional indian dance..
.
.
.
.
(2 ayat terakhir itu tipu)
huhu, bila wanita ini berbicara, sunyi seketika dunia ini…..awin….rindula….insyaAllah 10hb mac tim g penang..
tim — February 13, 2009 @ 9:01 am