baru pulang..
saya baru pulang ke usm.
kehidupan yang sama, realiti yang sama, orang yang sama.
tapi dengan semangat yang berbeza..kenapa?
mari saya ceritakan dalam post yang akan datang..
saya seperti akan demam..sakit tekak dan sikit pening, juga badan sejuk2 sudah jadi teman saya hari ini. adakah saya rindu sesuatu atau seseorang..atau, saya memang perlu makan lebih banyak vitamin C dan kurangkan minum ayaq ais..
saya mahu beritahu kamu…
mahu beritahu tentang kerisauan hati saya..
tentang semalam yang gerimis sepanjang hari..
tentang sinar mentari pagi tadi yang datang bersama harapan
dan impian esok hari yang belum pasti..
tentang mimpi indah lena semalam,
saya mahu beritahu..saya di sini untuk kamu.
saya mahu beritahu juga, yang saya tak tahu bagaimana,
mahu beritahu kamu semuanya…..
dan saya tak tahu, kamu siapa?
*kereta sudah ok, tiada lagi nyanyian sumbang dari tayar belakang. betullah kata orang, sayang bini kereta, tinggal2kan (di workshop). terima kasih abang pomen yang agak kacak dan sudah beristeri. dan berseri2 wajahnya bila saya datang workshop, “at last ada gak pempuan cantik, asik laki je kat sini”, mungkin itu fikir kamu ye? maaf, saya takmo ngorat kamu…hahaha