cikawin

January 30, 2009

Apa mimpimu malam tadi?

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 11:40 pm and

bumi berdebu,
kontang, penuh sejarah,
jadi rebutan,
manusia yang tak punya hak,
cuma ada senjata dan keangkuhan.

dan kamu si kecil,
jadi mangsa di tengah pertelingkahan,
manusia bongkak, tamak dan bongak,
kebodohan tak terajarkan,
kekejaman tak terhalangkan,
naluri yang mati,
hati yang hitam.
milik pendusta.

ingin aku hadir ke sisimu,
dengarkan suara isi hatimu,
lukiskan warna langit jiwamu,

ingin aku tahu,
apa mimpimu malam tadi,
apa kisahmu siang semalam.
agarku mengerti.

andai mampu,
inginku bisikkan,
tentang senyuman kamu yang terindah,
bening mata kamu yang mandamaikan.

tapi kekejaman dan kejahatan mereka membunuhmu,
hidup tanpa arah-adakah itu juga mati,
hidup tanpa aman-adakah itu juga kehidupan.

ah, aku dan bangsaku tak mungkin faham,
sepenuhnya..
apa yang kau alami, anak kecil..

kerana kami, enak dibuai lagu indah kelalaian,
dalam keamanan anugerah Tuhan,
yang sering diabaikan,
juga jarang-jarang disyukuri.

(bukan kami semua..mungkin ada juga yang sedar dan bersyukur..)

::aku teringat satu perumpamaan::

andai ada sebotol air, dan aku celupkan jari ke dalamnya, dan angkat jari itu keluar. maka, air yang tertinggal dalam botol itulah kehidupan akhirat, dan air yang melekat pada jari aku tadi pula kehidupan dunia..
dunia yang sementara, dan dalam dunia yang sementara ini sanggup pula kau isi dengan dosa dan kekejaman- yang nanti akan dibalas berganda-ganda keseksaan di kehidupan tanpa mati kelak..sanggup kamu,ya? berani..

maaf, saya penakut dalam soal ini..

in your eyes,dear..

in your eyes,dear..

Ini copy paste:

If I Only Knew (As a Palestinian Child)
By Amany Hajyassin

Whenever I look
Into the eyes of a Palestinian child
My tears start shedding
I can’t imagine what he is living through
If I only knew
As a Palestinian child
What it would be like
To see bombs coming down
And not rain
What it would be like
To see blood on the ground
Or to see my older brother
Covered in blood
If I only knew
As a Palestinian child
What it would be like
To hear the sounds of bombs
And helicopters and gun shootings
Day and night
How am I able to describe
That fear in the eyes
Of a Palestinian child?
Looking into their eyes
And trying to imagine
How their life would be
Without shootings and bombs
Bursting in air
If I only knew
As a Palestinian child

January 23, 2009

not a good bye yet!

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 11:24 am and
see u again..

see u again..

see u again~!

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 11:21 am and

i hate to say good bye,
so i say ’see you again’.

i didn’t wave a good bye,
i smiled and pray that u’ll be safe in Allah’s hands.

i didn’t cry when u depart,
coz tears won’t change a thing.

during your small visit,
you taught me of a tiny fact of life.

about life and love,
about accepting decisions,
and walking the life with decisions we made.

as u move into the distance,
i stare into the morning life,
busy and packed with people,
leaving me behind,
blanked.

i will move on..
filling and empty book with beautiful poems and stories,
and an empty heart with love, life and joy.

endure the pain and cure the cut
cheers to the wound that never heals
:)
*saying 4 “see you again” this week, to 4 friends, mate and …….. that sure is something which will last for some time now. Even me myself is going back home for ‘raya’.. hehe.
Dan memenuhi beberapa undangan walimah..

Boi..

January 19, 2009

listen..

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 5:45 pm and

ya, aku student..aku tade duit..

“pegilah cari sugar daddy”
wah, senangnya nasihat kamu..
dosa saya, mahu kamu tanggung..
biar saya buat keje part time saja..
kalau itu lebih baik.

hari ini,
saya belum baca surat khabar,
belum makan malam,
belum habiskan antibiotik,
belum pegi jogging atau berenang,
belum minum susu.

adakah sebab saya fikir terlalu banyak,
atau perlu fikir lebih banyak lagi..
atau cukup2lah..teruskan saja kehidupan.
sederhana dan sempurna seadanya.

saya mahu beritahu,
isi hati pada seseorang.
isi hati yang penting,
bukan tentang saya lapar malam tadi.

listen,
you might hear me,
whispering in my smiles..

just listen.

January 17, 2009

Catatan hari ini.

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 5:28 pm and

hari ini saya membaca, “Hospital Al-Quds dibedil”..di utusan online. hancur luluh hati ini. hospital dibom dengan bom fosforus, yang menyebabkan hospital itu terbakar.
israel yang dilaknat, kamu fikir ini cerita ‘batman: the dark knight’ ke, mau bom-bom hospital. keji. terkutuk. pembunuh.
kalau pun ini konflik islam-israel, atau apa saja konflik skali pun, di mana kemanusiaan kamu?

Ya Allah…kuatkanlah hati saudara kami di sana. anak-anak yang dipanggil pulang olehMu, letakkan mereka di pintu syurgaMu, kelak menyambut ayah bonda yang meratap hiba di dunia. .
.
.
.
.
.
dan di Malaysia? hari ini saya membaca tentang kerisauan ‘kita’ menghadapi Juara Lagu,juga konflik pilihanraya dan politik yang tak sudah2. “perpecahan dalam perpaduan”?.
syabas bangsaku~!

andailah perang melanggar negaraku, mampukah ‘kita’ ini bertahan.

atau, mari melihat keputusan dari teori ’sudah terhantuk baru terngadah’
**harap2 tak terhantuk kepala saya hari ni.
_____________________________________
hari ini, saya juga menonton “A Walk to Remember”.
cerita lama, kisah cinta yang segar.

Love:
Love is always patient and kind,
It is never jealous,
Love is never boastful nor conceited,
It is never rude nor selfish,
It does not take offence,
It is not resentful,
Love takes no pleasure in other people’s sin,
Delight in truth,
It is always ready to excuse,
To trust, to hope,
Into a new world,
Whatever comes..

Mereka kata ini dalam cerita itu.

tiba-tiba teringatkan lagu “Crush”,
nyanyian abg david archuleta. hehe..

Am I crazy or falling in love
Is it really just another crush
Do you catch a breath, when I look at you
Are you holding back, like the way I do
Cause I’m trying, try to walk away
But I know this crush ain’t going away, going away

kalau crush kenapa dibawa bertahun-tahun?
menyimpul senyum walau hati dilanda ribut.
wooosh!

ambil kemungkinan yg pertama..
Am I crazy?

harap2 bukan democrazy seperti ‘democracy in Israel’

**begini caranya org demam mengabiskan masa.
mari makan ubat dan minum 100plus- supaya segera sihat dan kuat!!

January 13, 2009

pumpkin race 5

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 10:14 pm and

Entry kali ini akan panjang..hehe..

1. 7-11 jan. aku di kedah. Labu Besar- Pdg Meha (near Kulim). for a program, conducted by Am. in SMK Labu Besar, yg ada replika sebijik buah labu depan skul. impressed.
Smap Labu pun takde menatang tu.

the program, Pumpkin Race was a great 3 days to spend a break after a month of hard work (exaggerate, kan?). the trip/program was kinda mind-soothing for me. for a moment, i felt like having another life beside the one i had now. (and I didn’t care if my phone was quite those days..no sms or call. hehe)

first tima aku join Pumpkin Race..
the program? ask me, my answer is: the program opened up a vast new perspective to me. of how to achieve goals, about strategy to win, about time management, about defining things in my life, about differenciating what’s worth and what’s not, about setting a target and know your strength and limit to achieve it and about accepting loss, but not surrender your faith that you can do better next time. about not giving up, what ever it is, and do what ever it takes. and knowing that at the end of each day, u can share defeat and victory with someone close to u. (which I regret of not having one, aside from my family n frens, yg aku salu x cerita masalah kat diorang)

i went there with loads of stress n problems. of course, nothing changed. the problems are still there. but the difference is, after all the time spent in Kedah, i have more faith in myself. if they can do it, so do I. and realizing that i’m more fortunate than thousands others, Alhamdullillah..
grief is never an option.

be strong and steadfast, cikawin.

i feel much better to face realities of life. well, at least realities in my life right here, right now. Thanks a million Am, for making it happened.

2. 11 Jan.aku di Ulu Legong hot spring
having a taste of how my thermophilic bacteria lives (hehe).

such a great trip. the warm water washed away my tiredness. relaxing my mind and body, and feeling at peace with nature. berendam 3-4 jam dlm air suam. main macam kanak-kanak tak hingat, (bila am n kak khalidah pi toilet. hehe) and buat challenge for am to cross the ‘hot’ water. jahat ini budak..

the best part was the QA game we had. Am, kak khalidah, Abg tra, “abang” zali and I, sat in a circle and everyone start popping questions and each answered in turn. it was awesome. apart from knowing others better, i found out a lot about myself too, by asking the little minx cikawin inside me. hehe.. oh, rupe2nya…. (some reveal-able facts):
• i dreamed of a not-so-garden-wedding-but-something-with-fresh-flowers theme for a wedding and a plain wedding gown.
• Kalau aku lelaki, first thing aku nak buat ialah buli kakak aku
• Aku nak 4,5 atau 6 org anak in future
• The most romantic thing I did was making cards to my loved one and wrote my own words inside it. (want do to more in future!)
• Aku rasa mak mentua aku nanti akan lebih sayang anak dia drp aku. huhu
• Benda yang paling penting (selain drp yg memang penting) ialah bila aku rasa redha, yakin dan tenang dengan hidup sendiri.
• Aku suke tengok ibu jari kaki orang. Especially guys yg aku suke.
• Aku tak ingat physical appearance orang, tapi aku akan ingat ape dia cakap and the feeling he/she creates inside me.
• Bila aku gundah gulana, aku hanya mahu kamu di sisi, mendengar, bersetuju dengan aku (walaupun aku nak mengeji org lain, dan aku salah.sila betulkan aku bila gundah gulana itu sudah berlalu), tanpa memberi nasihat sebelum dipinta dan jangan persoal kenapa aku perlu sedih.
• Aku tak tahu lagu paling sentimental aku..
• Aku tak penah fall for my best friend
• Bila aku suka orang, aku tak bagitahu. Aku akan senyum (senyuman termaniskah?) dan pandang mata dia je.. dan mencari jawapan sama ada dia suke aku ke tak..(terus mendapat nasihat drp orang lain supaya lebih berani utk memberitahu- ah, I hope to find the courage when I find the right guy) perhaps, I have the courage..and the guy??
• Aku baru tahu, ade orang suke pempuan gedik,bimbo and blond.. hehe..sori lah, aku bukan semacam tuh.. boleh tak kalau.. aku tanak gedik ngan sume orang, aku nak gedik ngan suami aku je nanti..cantik2 depan suami aku je. Kamu nak ke, pempuan gedik, bimbo dan asik nak bermekap jadi isteri kamu, di bawa balik ke umah mak ayah kamu dan dia mendidik anak2 kamu kelak..
• Aku nak masak nasik lemak first day kat umah mentua aku nanti. Hahaha

Berguna ke info2 nih? Hehehe..sangat berguna. Last but not least, ada 1 soalan yg masih bermain dalam fikiran aku. Mari kita menjawab.

Antara istana keseksaan dan penjara kebahagiaan, pilih yang mana. Aku jawab penjara kebahagiaan. Ye ke?

Hm, dan aku terfikir, macam mana pulak dengan istana ketakbahagiaan (at least x terseksa)…adakah jawapan aku masih sama? Mungkin.

Sebab, aku tak mau setiap hari mengintai ke luar dari jendela istana ku nanti…
aku mahu hidup dalam penjara atau istana ku, bahagia dengan dunia sendiri dan mereka2 yang di dalamnya..terutamanya dia..

Dia yang mungkin belum ku temui,
Belum ku sebut namanya lagi.

Atau mungkin tamu ku malam tadi,
Dalam minpi terindah yang ku terlupakan

Atau dia yang sering di hati,
Ke mana pergi bawa hati ku bersama..

Dia,
Yang dari tulang rusuk kirinya aku tercipta,
Untuk dia,
Untuk bahagia.

3. demam..
Ya, aku sudah demam. (menjadi orang demam yang suke mengomel) Tapi sket je demamnya..harap2nya kifarah tarbiah dari Pencipta. syukur hanya demam, sedangkan saudaraku di palestin…lebih teruk lagi.
Ya Allah,wansur muslimin fi kulli makan..
Amin.

*special thanks to Am. Kak Ji and family, kak Khalidah, “abang” zali, abg tra and everyone~!

The Gentlemen of Deeds

The Gentlemen of Deeds

*gambar2 lain di friendster.

January 12, 2009

baru pulang..

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 11:33 pm and

saya baru pulang ke usm.
kehidupan yang sama, realiti yang sama, orang yang sama.

tapi dengan semangat yang berbeza..kenapa?
mari saya ceritakan dalam post yang akan datang..

saya seperti akan demam..sakit tekak dan sikit pening, juga badan sejuk2 sudah jadi teman saya hari ini. adakah saya rindu sesuatu atau seseorang..atau, saya memang perlu makan lebih banyak vitamin C dan kurangkan minum ayaq ais..

saya mahu beritahu kamu…
mahu beritahu tentang kerisauan hati saya..
tentang semalam yang gerimis sepanjang hari..
tentang sinar mentari pagi tadi yang datang bersama harapan
dan impian esok hari yang belum pasti..
tentang mimpi indah lena semalam,
saya mahu beritahu..saya di sini untuk kamu.
saya mahu beritahu juga, yang saya tak tahu bagaimana,

mahu beritahu kamu semuanya…..
dan saya tak tahu, kamu siapa?

*kereta sudah ok, tiada lagi nyanyian sumbang dari tayar belakang. betullah kata orang, sayang bini kereta, tinggal2kan (di workshop). terima kasih abang pomen yang agak kacak dan sudah beristeri. dan berseri2 wajahnya bila saya datang workshop, “at last ada gak pempuan cantik, asik laki je kat sini”, mungkin itu fikir kamu ye? maaf, saya takmo ngorat kamu…hahaha

WPMU Theme pack by WPMU-DEV.