Bits from my LOVE, untuk tahun baru.
Cinta dan cita-cita,
impian dan mimpi,
jadikan hidup bermakna,
dan manusia berguna.
Hidup bukan hanya untuk makan,
juga tidur, bangun dan nanti tidur semula,
bukan untuk berhibur dengan irama dengup jantung,
atau mengatur turun naik nafas cuma.
Detik yang berlalu, ada harganya
ada tanggungannya.
pasti, hidup punya sebab,
ada sebab aku dan kamu tercipta,
untuk mencapai cita-cita dan impian,
untuk memberi setelah puas menerima.
Jadi yang terbaik semampunya,
jadi yang bertaqwa,
jadi yang berguna,
agar bisa berjaya dan bahagia,
di dunia dan akhirat.
“selamat tahun baru, hijriah-masihi-thn br cina”
*jangan tanya aku tentang azam tahun baru, aku ada banyak cadangan cuma tak ada keputusan. mungkin aku teruskan ini sahaja- hari ni mesti lebih baik dari semalam. bukankah itu azam juga..
LOVE ialah sebuah buku.
Close your eyes and touch the stars~!
berusahalah dgn lebih gigih.saye tau awk pasti akn berjaya satu hari nanti. insyaallah
=)
meor muhammad — January 6, 2009 @ 4:04 am