ghisau….
-kereta dah rosak 2 minggu, walhal roadtax belum renew, atas sebab2 yang agak mengecewakan dan kalau boleh tak mau dikenang lagi.
-scholarship akan tamat tak lama lagi. (rugi x kawen, kalo tak ada sugar dedi/ sugar hubby tanggung…hohoho..usah dikesali kisah lalu dan berkalau-kalau.)
-ada meeting, progress report, jurnal club presentation, kena hantar draf tesis, mesti prepare presentation, konferens, labwork
-kemalasan tak terbatas
-kerisauan yang menggunung
-berat badan yang semakin lumayan nilai kg nya..
mari membakulsampahkan mana-mana yang dianggap masalah juga penghalang cita-cita. dan menyelesaikan mana-mana yang boleh diselesaikan dan dianggap sbg cabaran hidup. dan melupakan apa-apa yang patut dilupakan agar tak membebankan hidup. juga, mari mencari kebaikan dan kesyukuran dalam kesusahan, kerana mungkin semuanya ini, bukan apa-apa kalau dibandingkan dengan orang lain yg lebih susah..
mari menjadi optimis..dan selesaikan masalah kamu dengan senyuman. senyuman yang termanis, kalau boleh.. ![]()
hidup terlalu indah untuk dibazirkan..tapi kenapa masa yang sentiasa susut jumlahnya itu selalu dibiarkan berlalu saja..
dem, i’m such a great procrastinator..procrastinator agung~
but still, now is not too late to make a change, until u stop trying..
mari berusaha, cikawin~!
kamu takkan menjumpai aku yang sempurna,
kerana yang ada,
hanya aku yang selalu cuba untuk menjadi sempurna,
dan lebih baik
semampuku..
*apa bezanya aku dengan kamu, mr panda….?

