cikawin

July 16, 2008

tak mungkin!

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 3:35 am and

Aku mengenangmu,

Bagai siang teringatkan malam,

Umpama mentari mencari rembulan,

Laksana gurun menanti hujan tiba.


Takdir kita sama,

Senadi tak sehati,

Sejalan tak sehaluan,

Terikat dan terlerai.


Bukan terpisah maut,

Atau jarak yang melaut,

Tapi kasih tak bertaut,

Juga hati tak terpaut.

Kita tak mungkin bersama!

*dah lama tak update blog. banyak sangat benda yg berlaku dalam sebulan dua ni. maaf, kepada kawan2 yg tak direply smsnya, email dll. bukan menghilangkan diri. tapi cuba melangkah terus, lurus,telus dan berani.mencari diri dan kekuatan. maaf itu dipinta, moga keampunan itu milik aku..

tubuh dan jiwa: membentuk insan.

takdir dan pilihan: itulah kehidupan.

menjelang 19 Julai 2008,umur aku 24 tahun.

moga umur yang terluang, tak terbuang.

masa yang tersisa, tak tersia…

aku ini ciptaanMu, Tuhan.

berkati hayatku…


1 Comment »

  1. Insya-Allah.
    Redahhhh je.
    Yang penting jalan tu biar straight :).
    Kalau lost atau tak tau straight ke tak, cuba cek guna kompass dengan map atau mungkin leh try guna Google Earth atau mmm… try tanya nujum Pak Belalang. He he he. Wassalam.

      wan mohd ridwan — July 17, 2008 @ 10:33 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

WPMU Theme pack by WPMU-DEV.