cikawin

June 9, 2008

Aku Bukan Pilihanmu..

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 6:54 am and

Aku ini telekung putihmu,

Yang kau biar kemas terlipat,

Rapi tersusun tak bersentuh,

Dalam almarimu yang penuh sendat.


Aku bukan pilihanmu,

Setiap hari menanti dan menunggu,

Saat kau ambil teman-temanku,

Ku bertanya sendiri, ‘bila giliranku?’


Kau memilih gayamu,

Warna-warni, seksi sekali.

Oh, kau hanya cantik di mata,

Tapi jelik pada hukum.


Saat nyawa tak sudi kembali,

Jasad terseksa pintu taubat terkunci,

Telekung putih tersenyum sendiri,

Kini tiba saat ku berbakti!


Akan ku balut tubuhmu,insan

Menghadap malaikat menjawab soalan,

Mungkin aku jadi cebisan,

Kerana hidupmu penuh kelalaian.


1 Comment »

  1. Salam,
    Warghhh, terbakar!.
    Kesimpulan ayat: Pakailah Tudung Sebelum Kamu diTudungkan :)
    Wassalam.

      wan mohd ridwan — July 17, 2008 @ 10:28 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

WPMU Theme pack by WPMU-DEV.