cikawin

June 10, 2008

Tangan itu

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 2:33 am and

Ku cium tangan mu, ibu.

Bersalut lumpur kering,

Bercampur keringat,

Kasar, kesat dan membekas.

Ku tarik nafas dalam-dalam,

Bau itu tidak harum,

Bau itu bau suci.

Bau syurga.

Ku jenguk isi hati,

Ada gerimis,

Hujan renyai-renyai.

Tapi pelanginya, mana?

Ku sapu air mata kasih,

dan kasihan,

Pada jiwa yang berusaha,

dan bersabar.

Dalam dunia serba kejam,

dan menekan.

Ku jerit kuat-kuat,

tapi tersekat.

Pada kerongkong,

yang terjerat.

Pada dusta dan nista,

Sang Pengkhianat.

Ku genggam tangan,

Bersulam amarah dan kecewa.

Penumbuk mencari sasaran,

tapi tak jumpa.

Ku cari lagi. Oh, ramai sekali!

Dia, yang yang menabur janji, mungkir lagi keji,

Dia, yang menjulang harga, mencekik darah,

Dia, yang menjunjung nama, menggadai maruah.

Dia, yang bodoh, tuli dan tersanjung.

Dia, yang tak kasihan,

Pada ibu tua,

Tangan bersalut lumpur!

Ku tersenyum,

Tangan tua bersalut lumpur,

Ku cium lagi.

June 9, 2008

apa kau kata?

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 7:35 am and

Kau kata aku membazir,

Kejap-kejap isi minyak kereta,

Kejap-kejap isi minyak kereta.

Apa, kau suruh kongsi kereta?

Mai sini, kita kongsi kereta besar kau.

Kau kata aku boros,

Asyik-asyik pergi shopping,

Asyik-asyik pergi shopping,

Memanglah, barang naik harga.

Bawak cash asyik tak cukup.

Hey, aku kan student,

Boleh bagi pinjam kad kredit kau?

Kau kata aku penyibuk,

Kerja nak tahu apa yang kau buat,

Kerja nak membebel, bising tak ingat.

Hello..memang lah aku mesti cakna.

Bukankah kita sama-sama pemilik.

Tanah datuk nenek.

Kau kata aku ini apa tahu,

Terima sajalah keputusanmu,

Sanjung sajalah apa katamu.

Oh, sungguh ku tak mampu.

Kerana akalku masih waras,

Hatiku masih keras,

Diamku bukan redha.

Diamku ada doa.

Jaga-jaga,

Kau naik harga minyak,

Nanti aku naik minyak!

opss..sabar~!

*cikawin,sila tulis semula perenggan terakhir:

Jaga-jaga,

Kau naik harga minyak,

Nanti aku naik duit hantaran!

hehehe…

Aku Bukan Pilihanmu..

Filed under: Uncategorized — awin-9701 @ 6:54 am and

Aku ini telekung putihmu,

Yang kau biar kemas terlipat,

Rapi tersusun tak bersentuh,

Dalam almarimu yang penuh sendat.


Aku bukan pilihanmu,

Setiap hari menanti dan menunggu,

Saat kau ambil teman-temanku,

Ku bertanya sendiri, ‘bila giliranku?’


Kau memilih gayamu,

Warna-warni, seksi sekali.

Oh, kau hanya cantik di mata,

Tapi jelik pada hukum.


Saat nyawa tak sudi kembali,

Jasad terseksa pintu taubat terkunci,

Telekung putih tersenyum sendiri,

Kini tiba saat ku berbakti!


Akan ku balut tubuhmu,insan

Menghadap malaikat menjawab soalan,

Mungkin aku jadi cebisan,

Kerana hidupmu penuh kelalaian.

WPMU Theme pack by WPMU-DEV.