"selamat hari guru (yang tua)!"
oh, pagi ni cikawin sangat nakal.
msg di atas telah dihantar kpd abah yang agaknya2nya pagi tadi kat skolah lagi.(sape2 yg x tau, mak abah saya cikgu-and i’m so proud of them!) tp skang mak dah retire (since 1 Aprill 2007-she said it was an April fool.hehe) abah pulak, masih mengajar BM n PJK kat SK Bukit Merah(subjek fev:bola sepak. sanggup x ikut kami pi langkawi sbb nak men bola). kami cakap, abah sorang ja yang kena pi skolah lagi,dah tua2 pun.. hee…keluarga cikawin mmg suka bergurau. sbb tu kawan saya-caha- ckp, saya ni sarcastic. siap boleh jadi ‘cikgu sarcastic’ dia pulak. huu..tibe2 ada watak caha nih? hish~ eh, saya ni sarcastic ke? suke mengusik ada la kot. tapi kalo kena usik, silap2 bleh mengalir air mata. siap la sapa yg usik tu kena marah ngn mak..hehe. besanya pak sakat lah..dah ada anak sorg dah pak sakat. lalala….
berbalik kepada hari guru, cikawin amat sangat meminati kerjaya seorg guru. sementelahan dibesarkan oleh tangan 2 guru yg hebat (lagi garang-ampun mak,abah…) rasa nya cikgu2 ni best sangat. terkesan dlm ati nih. skali tu, masa kecik2 dulu, kat kampung masa dok tolong mak, tok n makcik2 buat persiapan raya (tolong??rajinnya!), diorg tanya-‘awin besaq esok nak jadi apa? ‘ terkebil2 aku jawab-‘nak jadi cikgu’. then mak mencelah- ‘mak abah dah jadi cikgu, kena la jadi lebih baik lagi’. finally dengan konfidennya saya jawab- ‘camtu awin nak jadi guru besar lah!‘ hehehe…sangat innocent,kan? suci…
skang ni, bila pikir2 balik, agaknya dialog ni lah yg ‘meninggikan’ cita2 aku. thanks mak!! memang la aku x kan jadi cikgu besar. tapi aku bercita2 besar. at least,even if i’m not the highest sparkling star, i’m still among the stars! amin~
walaupun mak abah cikgu, mak abah jugak ada ladang kelapa sawit kecik kat kampung. part time.dari membersihkan kebun, menanam kelapa sawit tuh, sampai la skang menuai hasilnya. mak abah buat. kami anak2 pun tolong gak. tp, biasa la, culas yg lebih. dah besar2, jadi anak dara(geli je sebut), mak abah x suruh saya n kakak pi kebun lagi dah. agaknya x nak tangan kami kasar kot. kurang duit hantaran nanti (memain jek.hehe) tapi ingat masa kecik2 tolong mak abah kat kebun, peluh x ingat. rasa bucuk sgt badan ni. ye la..kerahan tenaga. walaupun sekadar keja angkat pelepah n susun, atau letak baja,dalam panas mentari, bagi pempuan cummil macam cikawin ni, masih dlm kategori berat. tobatt, nak blaja rajin2. x mau keja susah camni bila dah besar nanti..huhuhu..(terima kasih atas pengajaran tu, mak abah) agaknya, anak2 yg ramai ni memerlukan biaya yg lebih drp gaji 2org cikgu. mana taknya, time skolah semua skolah. time masuk U,semua masuk U. x ka parah..tapi tak penah kurang rasa bangga aku kat mak abah dlm bab2 membesarkan kami, anak2. huhu, memangla kami semua penah kena marah, pukui. tp sume tu la yg menjadikan kami ni Kami yg sekarang.
penah skali, adik kena marah ngan guru disiplin depan ramai student. dia ketua pengawas, tapi pakai baju biasa hari tu. sebab baju dia kotor,terkena dakwat pen tumpah rasanya. bleh cikgu tu marah cmni "kamu ketua pengawas, takkanlah baju sehelai saja, anak saya yang tadika pun ada baju 5 helai" (cehh!!) perkara ni jadi satu incident kat skolah. tak nak la citer panjang2. tapi, cikgu tu silap banyak la.mak saya kan skolah tu gak, n minggu kejadian tu dia bertugas. so, speech dia minggu tu ada kata2 ni, "macam manalah saya nak beli baju pengawas lima helai untuk anak saya, abang dan kakak dia lima orang di IPT"..terkedu cikgu yg marah adik tu..ntah kenapa, kisah ni terkesan dalam ati saya..huhuh…
berbalik kepada topik perbincangan kita, selamat hari guru kepada semua guru2. terutamanya yg penah mendidik saya. esp, UmMi (ustzh salwa), pn hasnah dan semua skali dari zaman tadika,tmgs, s.a.r assam kumbang, smapl, kmpp, ums n usm. juga ‘guru’ lain, yg penah mengajar saya apa sahaja, walau pun 1 ayat.terima kasih. moga Allah memberkati.
but still, the most very best teacher award will be given to….Mak aBah!! huhuuh…YaAllah, ampuni dan kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani Kami kecik2 dulu…
*dan aku hanyalah cikgu sarcastic utk caha..hehehe
p/s: anak murid tusen aku dapat markah tertinggi lagi dalam kelas.yay! terasa bahagia dalam hati ni..seronoknya keja cikgu. kepuasan yang tak tergambar!